Monday 30 March 2009

Adat Istiadat Kadazandusun (Kota belud)

Berian dan Perkahwinan:

  1. Biasanya berbeza mengikut keturunan keluarga. Walaubagaimanapun pada dasarnya adalah sama, tetepi berbeza dari segi bilangan dan nilainya.
  2. Antara ciri-ciri yang di nilai dalam menentukan jumlah hantaran adalah:
  • Keturunan (kaya atau miskin)
  • Bilangan Harta keluarga; tanah, rumah, binatang peliharaan dan tanam-tanaman.
  • Pencapaian (Pemenang Unduk Ngadau; sering dinilai pada zaman dahulu kala, namun pada masa skrg pendidikan adalah ciri pencapaian penting yang diambil kira).
  • Rupa paras n bilangan adik-beradik; mereka yang memiliki rupa paras yang cantik dinilai lebih tinggi hantarannya dan begitulah sebaliknya. Gadis yang mempunyai bilangan adik-beradik sedikit lebih mahal hantaran berbanding daripada Gadis yang lain)
  • Perwatakan dan sifat peribadi;
    • Zaman dahulu-rajin dalam kerja-kerja rumah, pandai menumbuk padi, pandai menangkap ikan, tahu menjaga ternakan dan pandai bercucuk tanam-dikira sebagai Gadis yang mempunyai pakej yang tinggi dan hantaran yang tinggi.
    • Zaman moden-mempunyai pekerjaan tetap dan rajin dalam melaksanakan kerja-kerja rumah termasuk ciri-ciri pada zaman dahulu- dikira sebagai Gadis yang mempunyai pakej yang tinggi.
  • kebiasaannya, masyarakat Kadazandusun (Kota Belud) lebih gemar memilih menantu baik wanita atau lelaki yang mempunyai ciri-ciri fizikal yang kurus kerana dikatakan wanita/lelaki yang gemuk adalah kurang menarik dan pemalas.-hasil temubual secara rawak!
Hantaran (wajib) :

  • Anak Dara:
    • Bagi wanita yang tidak pernah berkahwin walaupun pernah melakukan hubungan seks sebelum ini tetapi perkara itu tidak diketahui oleh ahli keluarga ataupun sesiapa sahaja dianggap layak mendapat hantaran mengikut nilai anak dara;
      • 1 ekor kerbau besar(hantaran utama)
      • 1 ekor lembu beradik satu ; lembu dara (adat waris)
      • 1 ekor kerbau beradik satu ; kerbau dara (belanja dapur)
      • Wang tunai mengikut persetujuan keluarga; lebih daripada RM500.00
  • Janda:
    • bagi wanita yang pernah dirogol, terlanjur dengan teman lelaki atau sesiapa walaupun tidak pernah berkahwin, dianggap layak mendapat hantaran mengikut kiraan nilai janda;
      • 1 ekor kerbau besar(hantaran utama)
      • Wang Tunai mengikut persetujuan keluarga; lebih daripada RM250.00
Berian Tambahan:
terdapat juga berian tambahan yang akan dikenakan oleh keluarga pihak perempuan ataupun keluarga dan waris sebelah pihak perempuan.

Adat Beban (kebabaan)
    • Sepasang suami isteri, kemudian adik/abang kepada si suami/ isteri berkahwin dengan anak saudara/adik kepada si isteri/suami. Pihak lelaki yang hendak berkahwin dengan gadis tersebut hendak membayar adat beban ringan iaitu:
      1. 1 ekor kambing (dimakan bersama-sama dengan keluarga tapi bukan pada hari perkahwinan tersebut)
Adat Terkutuk (kousungan)
  • Seorang nenek/datuk yang telah lanjut usianya dan mempunyai cucu atau cicit maka cucu/cicit tersebut berkahwin sesama sendiri maka si lelaki akan membayar seekor lembu kepada si nenek/datuk tersebut.
Adat Selimut (Kogumbangan-Kosikiban)

  • Seorang lelaki yang berkahwin dengan sepupunya (sudah jauh); sepupu ketiga-kelima, maka gadis-gadis yang bersepupu dengan si gadis tersebut akan menerima adat selimut daripada lelaki tersebut;
    • 1 helai kain sarung
    • 1 ekor ayam
    • 1 bilah pisau kecil(pais)
Adat Terkapit (Koonsipan)

  • Seorang yang ada hubungan persaudaraan di sebelah menyebelah antara si lelaki dan si gadis akan menerima adat terkapit dari kedua-dua pasangan ini;
    • 1 ekor ayam
    • 1 bilah pisau kecil(pais)
Adat Imbangan(Kouintaban)

  • Jika lelaki tersebut dengan si gadis kedua emaknya, maka si bujang harus membayar adat denda adat imbangan kepada keluarga si gadis;
    • 1 ekor kambing atau sebiji tapak sirih sejengkal panjang.
Adat Pemutus (Pitas)

  • Seorang Bujang dan seorang gadis yang masih mempunyai alat tali persaudaraan, sekiranya berkahwin maka lelaki tersebut hendaklah membayar denda adat pemutus (pitas) persaudaraan seperti berikut:
    • Peringkat 1:----> belum pernah ada perkahwinan antara keluarga dan keluarga si gadis maka denda adat yang dikenakan adalah;
      • seekor kerbau besar
      • sebilah parang
      • seekor kambing atau babi
    • Peringkat 2:---->Seekor lembu
    • Peringkat 3:----> Seekor Kambing
    • Peringkat 4:----> Seekor ayam
(perkahwinan selepas peringkat keempat ini tidak dikenakan tambahan berian kerana tali persaudaraan telah dianggap sudah terputus sama sekali.

Adat Sampai (Parikatan)

  • Seorang duda yang mempunyai anak dan hendak berkahwin dengan anak dara dikehendaki membayar adat sampai kepada si gadis(dara);
    • Sebidang Tanah
    • Seekor Kerbau
Adat Madu (Koopiadaan)

  • Kaum Kadazandusun tidak diggalakkan berkahwin lebih daripada satu. walaubagaimanapun, bagi mereka yang hendak berkahwin lebih daripada satu maka lelaki tersebut akan dikenakan denda adat;
    • Seekor Kerbau Besar(Kepada Org kampung)
Adat Lintas (Kotoliban)

  • Jika si gadis ingin berkahwin, sedangkan kakaknya masih belum berkahwin maka lelaki itu perlu membayar adat lintas kepada kakak bakal isterinya;
    • sebuah tapak sirih@pakaian lengkap@cincin@ gelang@ duit(ikut jumlah barangan yang ditentukan diatas)
Adat Rampas (Misayang)

  • Jika seorang lelaki membawa lari seorang gadis untuk tujuan berkahwin (kahwin lari) maka beliau akan dikenakan denda adat selepas kembali ke tempat asal (rumah keluarga)
    • seekor kerbau besar (Adat Malu)
    • seekor lembu kiadi (Adat Terkejut Rampas)
Adat Tengadah (Kotingahaan)

  • Sekiranya seorang janda yang mempunyai beberapa orang anak hendak berkahwin, maka lelaki tersebut mestilah membayar adat tengadah kepada setiap anak si janda tadi dengan kadar RM10 seorang.
Ditulis dan Edit semula oleh:
Marry Lalim

Sumber :
Mohd. Razalee Goroh, Adat istiadat Suku Dusun Kota Belud, 1986, (Jab. Muzium dan Arkib Sabah)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home