Sunday 5 April 2009

Boros Tulun Tokou

Perbandingan Undang-Undang Sivil/Jenayah dan Hukum Adat

Hukum Adat adalah berbeza dengan undang-undang barat.

Undang-undang barat terbahagi kepada beberapa bahagian :
sivil dan jenayah.

Hukum Adat Kadazandusun merangkumi semua perkara dalam kehidupan, perlakuan, tingkahlaku, pertuturan masyarakat Kadazandusun.

Mengikut Undang-undang Barat ataupun di Malaysia amnya, perbuatan Rogol merupakan satu jenayah dan seharusnya dihukum penjara tetapi hukum adat menganggap bahawa perbuatan rogol ini adalah satu gangguan keseimbagan hukum adat.

Dalam perkara ini si perogol tersebut mestilah memulihkan kembali kesucian kampung dengan membayar adat kepanasan kampung(Sogit) ampung selain daripada adat malu (kemaluan) kepada si gadis yang telah dirogol.

Sekiranya siperogol tidak mampu membayar mampu membayar atau enggan membayar maka dia perlu dipenjara.

Pada zaman moden ini, masyarakat Kadazandusun telah menyantumkan kedua-dua hukum adat ini dengan undang-undang dari barat iaitu si pesalah tersebut akan dikenakan sogit kampung untuk memulihkan kesucian kampung serta di penjara di mahkamah mengikut undang-undang Malaysia.

Kesalahan Terhadap Manusia:

  • Persetubuhan di Luar Nikah
  • Persetubuhan antara lelaki beristeri dan perempuan bujang dan sebaliknya.
  • Persetubuhan antara teruna dan dara
  • Persetubuhan bapa dengan anak kandungnya.
  • Persetubuhan antara adik beradik kandung
  • Persetubuhan antara seorang gadis dengan bapa saudara(pakcik/abang atau adik bapanya)
  • Persetubuhan bapa tiri dengan anak tiri atau sebaliknya
  • Persetubuhan antara suami dengan anak kepada abang, kakak atau adik isteri
  • Persetubuhan antara sepupu
  • Persetubuhan di antara suami dengan anak kepada sepupu isteri atau sebaliknya
  • Persetubuhan bukan suami isteri di rumah/ladang orang lain
  • Meramas buah dada gadis
  • Sudah bertunang dan bersetubuh dengan lelaki dan wanita lain.
  • Merebut/membawa lari tunang orang
  • Merebut Isteri Orang
  • Mungkir Pertunangan
  • Menganggu orang semasa sesuatu upacara;sembayang,kematian, perayaan
  • Memaki atau bertengkar

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home